PERHATIAN

ISLAM bukanlah hak milik eksklusif mana-mana pihak. Setiap muslim tanpa mengira batasan bangsa, geografi ataupun fahaman politik WAJIB memperjuangkan ISLAM. Penulis mengambil pendekataan NON-PARTISAN dalam memberi pendapat dalam blog ini. Agar lebih telus dan tidak bias. Blog ini bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat syamilbunyamin.blogspot.com hendaklah disertakan untuk memudahkan rujukan. Saya akan sentiasa review kandungan blog ini. Segala kesalahan ataupun kesilapan sama ada tulisan atau pandangan akan dibetulkan dari semasa ke semasa.Sebagai seorang manusia, saya juga tidak terlepas dari kesilapan. Mohon dimaafkan.Terima Kasih. Salam Perjuangan Buat Semua Sahabat. Sebarang TEGURAN sangat dihargai.

Thursday, April 9, 2009

Konvensyen Al-Quran : Tahniah PBA

Assalamualaykum...
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Persatuan Bahasa Arab UiTM atas penganjuran Konvensyen Al-Quran. Semoga usaha murni ini akan menjadi suatu titik perubahan dalam trend penganjuran program di UiTM terutamanya untuk persatuan berunsurkan dakwah.
Tahniah PBA
Walaupun saya tidak pernah berada secara langsung di dalam PBA, tetapi saya sempat bekerjasama semasa program Selamatkan Palestin semasa saya memegang amanah pimpinan dalam Persatuan Mahasiswa Hadhari suatu masa dahulu. Pengalaman bergerak kerja bersama sahabat-sahabat PMH, PBA, GPMS, PSSCM, persatuan-persatuan dalaman dan kolej-kolej kediaman memberi idea baru kepada saya dalam melakukan misi sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Percambahan idea sangat positif semasa bergerak kerja bersama kalian.
Semoga Allah membalas jasa kalian.
Saya mendapat maklumat dari blog mantan presiden PBA, Sdr. Malik, bahawa penasihat kepada konvensyen ini adalah Allahyarham Prof Ghazali Sulaiman. Saya terkenang kemanisan menerima ilmu dari beliau. Indah sungguh. Penuh dengan nasihat dan kasih sayang. Semoga segala pahala dan kebaikan mengalir kepada Allahyarham atas jasa beliau dalam menjayakan dakwah Islamiah di UiTM. Saya masih terasa kehilangan beliau. Walau jasad sudah tidak lagi dikandung nyawa, tetapi pahala atas segala kebaikan tetap mengalir.
Untungnya jadi pejuang Islam.
Gusar hati ini memikirkan kematian yang bakal tiba tanpa isyarat. Takut tak ada bekalan untuk dipersembahkan depan Allah nanti.
Ya Allah, beri keikhlasan kepada diriku yang lemah ini dalam setiap amalan.
Matikanlah aku dalam keredhaan-Mu.
Aku ini lemah. Selalu tertipu dengan dunia.
Aku hadapkan wajahku, hidup dan matiku, hanya untuk-MU.
Juahkanlah aku dari nifaq dan riak.
Ameen.

0 comments: